Wednesday, January 14, 2009

Permulaan hidup di perantauan...

28/12/08
Awal pagi, kami sekeluarga bertolak dr airport KB ke Brisbane. Tangisan mengiringi pemergian kami sekeluarga, terutamanya ibu tercinta....Apakan daya, inilah peluang yg ada serta yg ditunggu2 selama ini. Semoga doa sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami sekeluarga di perantauan.

Kami tiba di airport Brisbane lebih kurang 8 lebih waktu tempatan. Keadaan agak lengang serta mengambil masa agak lama semasa pemeriksaan kastam ke atas brg makanan yg dibawa. Alhamdulillah, hanya rempah ratus (serbuk) yg diambil. Kami bermalam di airport memandangkan keesokan paginya kami terpaksa menaiki domestic flight utk ke Rockhampton, di utara Queensland. Bayangkan dengan anak2, terpaksa tidur di atas kerusi dengan keadaan yg agak sejuk...Inilah permulaan cabaran di negara orang.



Baggage yg dibawa (120 kgs)

Keluarga dan saudara mara semasa di airport
29/12/08
Pukul 4 lebih, slps solat subuh, kami menaiki maxi taxi utk ke domestic airport. Waktu tu hari dah semakin cerah, lebih kurang pukul 7 waktu Malaysia. Dalam keadaan lapar kerana belum makan, serta agak panas, kami menunggu hampir sejam lebih sebelum menaiki flight yg mengambil masa sejam. apabila sampai, kami disambut oleh Ms R yg merupakan international officer di universiti di sini. Orangnya peramah dan kelakar. Dia membawa kami ke Uni dan kemudiannya ke motel sblm menyewa rumah. Dapatlah merehatkan bdn sblm memikirkan apa yg perlu dilakukan seterusnya...

30/12/08-6/1/09
Kami sekeluarga terpaksa stay di motel tersebut sehingga mendpt rumah. Keadaan motel agak selesa, dengan dua bilik yg agak besar utk kami berenam serta mengadap swimming pool. Ia dilengkapi dgn microwave, tv dan fridge. Hari pertama merupakan saat yg paling sedih, kerana anak2 terpaksa makan maggi serta mini karipap yg dibawa kerana tidak tahu tempat utk membeli beras dan keperluan lain. Di Malaysia, anak2 mmg dilarang sama sekali untuk makan maggi...Betapa tersentuhnya hati seorang ibu yg melihat anak2 yg kelaparan serta dapat makan sekadar mengalas perut. Alhamdulillah, keesokan harinya, kami sekeluarga dapat menjamah nasi yg berlaukkan telur dadar dan sardin yang dimasak dgn rice cooker yg dibawa. Itupun agak lewat setelah dibawa membeli belah oleh officer tersebut. Hari-hari berikutnya, Alhamdulillah....dan bekalan makanan yg dibawa hampir habis...
7/1/09
Inilah hari yg ditunggu2. Setelah banyak duit terpaksa dihabiskan semasa menetap di motel, akhirnya kami telah mendapat sebuah rumah walaupun agak jauh dr uni. Sewa agak mahal kerana berdekatan shopping fair AUD250/week. Bayangkan utk sebulan =AUD1000. Kalau diconvertkan ke RM....????Lebih mahal dr sewa di KL. Ini saje pilihan yg ada. Kalau berdekatan uni, biasanya sewa lebih mahal. Alhamdulillah, ada 3 bilik, fully furnished, not included tv. Anak2 pun hepi je, sbb bolehlah main kat umah dan makan sedap2....belakang rumah siap ada pokok limau nipis yg lebat buahnya, besar serta juicy.....


8/1/09 dan hari2 berikut2nya
Kami sekeluarga cuba menyesuaikan diri di cni...InsyaAllah, lama kelamaan, kami akan biasa dgn keadaan di sini yang semuanya agak berbeza dgn Msia... Tapi yg bestnye, di sini banyak pilihan buah-buahan dan sayur -sayuran segar - product of Australia...Awal2 ini, kami masih survey p/raya mana yg paling banyak makanan halal serta produk dr Malaysia...Alhamdulillah, banyak juga produk dr Malaysia, tapi yg tak bestnya, tak dapat makan nasi dagang dan pulut nyiur yg memang favouriteku......

2 comments:

Nurraz said...

Alhamdulillah, moga k.ti and family enjoy di sana! Jangan rindu-rinduan kami kat mesia ni ye...hehehe

roshaiza tahar said...

akhirnya..terupdate jugok blog yg ditunggu2...anyway all d best...hihihi