
Monday, December 21, 2009
Happy 3rd Birthday Aaqilah!

Sunday, January 18, 2009
Hari2 di sini..
Pagi ini, aku dan hubby dibawa ke pasar spt dijanjikan. Kebanyakan tempat di sini akan ditutup pada hari Ahad termasuk p/raya besar. Tetapi, beberapa kedai berhampiran pasar ini dibuka sehingga t/hari. Rupa2nya suasana di pasar ini berbeza spt apa yg dibayangkan. Kalau di Terengganu, pasar spt ini akan menjual semua benda termasuk brg basah. Tetapi, di sini hanya terdpt buah2an, sayur, pokok bunga, cenderahati serta pakaian dan agak menarik. Harganya amat berbeza dgn pasaraya yg jauh lebih mahal.
Di sebelah petang pula aku mendapat kereta spt dijanjikan. Rupa2nya owner kereta tersebut berasal dr Seremban tetapi berbangsa Cina. Esok aku akan menyelesaikan semua urusan yg berkaitan termasuk mendaftar persekolahan anak2.
Di sebelah malam, memandangkan sudah lama tidak dpt mkn roti, maka aku cuba membuatnya sendiri. Hasilnya...lihatlah di bawah. Aromanya sungguh menyelerakan dan akan menjadi juadah esok hari...
Suasana di Sunday market Apa yg dibeli...
Rockhampton home made bread
Saturday, January 17, 2009
HARI2 DI PERANTAUAN...
Hidup di perantauan amat berbeza dengan tempat sendiri dari semua segi, makanan, orang sekelilingnya, kawasannya dan mcm2 lagi. Bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Di sini, kebanyakan orangnya agak gemuk. Mungkin di sebabkan oleh kawasan ini yang disebut "Beef Capital of Australia". Susu lembu mudah dibeli. Kalau di pasaraya, memang tidak dinafikan, setiap orang akan membeli sekurang2nya sebotol susu. Dan lebih terkejut lagi, sehinggakan ada yang membeli sampai berbelas2 botol. Ini adalah kenyataan yang berlaku di depan mata sendiri.... Kawasan sekitar juga adalah bersih. Jauh sekali jika dibandingkan dengan Malaysia. Rumah2 juga agak tersusun, bersih serta kemas halamannya.
Dan satu lagi, sistem perbankan di sini agak cekap. Bayangkan, apabila hendak membuat sebarang urusan di bank, kita hanya perlu beratur tanpa mengisi sebarang borang. Kita hanya perlu menunjukkan kad ATM sekiranya ingin mengeluarkan wang. Memang cepat dan mudah...tak sampai 5 minit, urusan dah selesai...
Berikut adalah gambar2 untuk tatapan semua, terutamanya keluarga tersayang serta sahabat2 baikku...
si anak dara
MENU SARAPAN PAGI......
set lengkap sarapan pagi
Thursday, January 15, 2009
Permulaan hidup di perantauan (2)....
Wednesday, January 14, 2009
Permulaan hidup di perantauan...
Awal pagi, kami sekeluarga bertolak dr airport KB ke Brisbane. Tangisan mengiringi pemergian kami sekeluarga, terutamanya ibu tercinta....Apakan daya, inilah peluang yg ada serta yg ditunggu2 selama ini. Semoga doa sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami sekeluarga di perantauan.
Kami tiba di airport Brisbane lebih kurang 8 lebih waktu tempatan. Keadaan agak lengang serta mengambil masa agak lama semasa pemeriksaan kastam ke atas brg makanan yg dibawa. Alhamdulillah, hanya rempah ratus (serbuk) yg diambil. Kami bermalam di airport memandangkan keesokan paginya kami terpaksa menaiki domestic flight utk ke Rockhampton, di utara Queensland. Bayangkan dengan anak2, terpaksa tidur di atas kerusi dengan keadaan yg agak sejuk...Inilah permulaan cabaran di negara orang.
Pukul 4 lebih, slps solat subuh, kami menaiki maxi taxi utk ke domestic airport. Waktu tu hari dah semakin cerah, lebih kurang pukul 7 waktu Malaysia. Dalam keadaan lapar kerana belum makan, serta agak panas, kami menunggu hampir sejam lebih sebelum menaiki flight yg mengambil masa sejam. apabila sampai, kami disambut oleh Ms R yg merupakan international officer di universiti di sini. Orangnya peramah dan kelakar. Dia membawa kami ke Uni dan kemudiannya ke motel sblm menyewa rumah. Dapatlah merehatkan bdn sblm memikirkan apa yg perlu dilakukan seterusnya...
Kami sekeluarga terpaksa stay di motel tersebut sehingga mendpt rumah. Keadaan motel agak selesa, dengan dua bilik yg agak besar utk kami berenam serta mengadap swimming pool. Ia dilengkapi dgn microwave, tv dan fridge. Hari pertama merupakan saat yg paling sedih, kerana anak2 terpaksa makan maggi serta mini karipap yg dibawa kerana tidak tahu tempat utk membeli beras dan keperluan lain. Di Malaysia, anak2 mmg dilarang sama sekali untuk makan maggi...Betapa tersentuhnya hati seorang ibu yg melihat anak2 yg kelaparan serta dapat makan sekadar mengalas perut. Alhamdulillah, keesokan harinya, kami sekeluarga dapat menjamah nasi yg berlaukkan telur dadar dan sardin yang dimasak dgn rice cooker yg dibawa. Itupun agak lewat setelah dibawa membeli belah oleh officer tersebut. Hari-hari berikutnya, Alhamdulillah....dan bekalan makanan yg dibawa hampir habis...