Tuesday, January 27, 2009

Weekend oh weekend....

Hujung minggu ini, kami sekeluarga telah banyak spend masa bersama sebelum sekolah bermula. Pada hari Sabtu, kami telah ke "Botanical Garden and Zoo" yang terletak di South Rocky. Yang menariknya, semasa melintasi pdg golf, kami boleh nampak "parrot" yang jinak serta berwarna warni di tepi2 jalan. Malah burung nuri juga bebas di atas pokok tanpa sebarang gangguan. Keesokannya pula, kami sekeluarga ke "Sunday Market" untuk membeli sayur2an dan buah2an segar. Dan, hari Isnin adalah hari cuti bagi Aussie kerana menyambut Australia Day. Pada hari ini, kami telah ke Heritage Village yang terletak berhampiran Uni. Semua pelawat dibenarkan masuk secara percuma. Kebiasaannya, setiap pelawat akan dikenakan AUD8/per person. Di dalam "Village" ini terdapat cottages yg menyimpan pelbagai sejarah silam serta peralatan tradisional. Namun, yg menarik perhatian kami sekeluarga adalah banyak gerai2 yg dibuka. Walaupun hujan, ramai juga yang berkunjung untuk merebut peluang yang diberikan.













Botanical Garden n Zoo

No comments: