Thursday, January 29, 2009

Hari pertama ke sekolah

Hari Selasa (28/01/09) merupakan 1st day sekolah bg Aliya n Munierah, Prep dan Year 1. Kedua-duanya sgt excited nak ke sekolah dan selalu menghitung hari. Almaklumlah, akan dpt kawan baru serta persekitaran yg totally different dgn Msia."Glenmore State Primary School" sgt dekat dgn Uni dan lebih kurang 5 min dr rumah. Sekolah bermula pkl 8.50 am hingga 2.30 pm (Prep) dan 2.50 pm (Year 1). Beberapa sebelumnya, Mama kena train kedua-duanya mcm mana nak menggunakan toilet yg tiada air tetapi hanya terdapat tisu. Aliya toiletnya di dalam kelas n kakak di luar kelas. Maka Aliya terpaksa menggunakan tisu sahaja ttp kakak dibekalkan satu botol kosong utk isi air di sink. Kalau basah sikit pun toilet x kena marah, tp kalau Aliya takut kena marah sbb ada air di atas lantai. Org putih kalau lantai toilet basah dia kata kita pengotor, padahal sebaliknya.....

Nak tahu apa cikgu komplain kat Aliya pada 1 st day sekolah - She's not talking today, very quiet. Padahal kalau kat rumah, dialah juara suara paling kuat, menangis, cakap n bertempik. Tp sebaliknya kat sekolah.....Munierah pula x sempat nak tanya cikgu, sbb awal2 nmpk mama dah keluar kelas. Dia 1st person yg keluar. Mama tanya "kenapa kakak kluar dulu, org lain x kluar pun lg". Dia jwb "cikgu kata kalau ada mama/papa kat luar, boleh keluar". Mama "kakak faham ke cikgu ckp?". Kakak "yelah, betul ah cikgu ckp gitu". Mama (berfikir) "betul ke anak aku ni?" Tp, betullah kot, sbb class on de next door, semua dah kluar. Tp, yg jelasnya, kedua2 nya enjoy ke sekolah ari tu...Sbb apa, mama tanya "esok nak g sekolah tak lg?". Aliya n kakak "nak!". Sbb Aliya klau kat tadika yayasan dulu, memang tak nak g sekolah.....




Tuesday, January 27, 2009

Weekend oh weekend....

Hujung minggu ini, kami sekeluarga telah banyak spend masa bersama sebelum sekolah bermula. Pada hari Sabtu, kami telah ke "Botanical Garden and Zoo" yang terletak di South Rocky. Yang menariknya, semasa melintasi pdg golf, kami boleh nampak "parrot" yang jinak serta berwarna warni di tepi2 jalan. Malah burung nuri juga bebas di atas pokok tanpa sebarang gangguan. Keesokannya pula, kami sekeluarga ke "Sunday Market" untuk membeli sayur2an dan buah2an segar. Dan, hari Isnin adalah hari cuti bagi Aussie kerana menyambut Australia Day. Pada hari ini, kami telah ke Heritage Village yang terletak berhampiran Uni. Semua pelawat dibenarkan masuk secara percuma. Kebiasaannya, setiap pelawat akan dikenakan AUD8/per person. Di dalam "Village" ini terdapat cottages yg menyimpan pelbagai sejarah silam serta peralatan tradisional. Namun, yg menarik perhatian kami sekeluarga adalah banyak gerai2 yg dibuka. Walaupun hujan, ramai juga yang berkunjung untuk merebut peluang yang diberikan.













Botanical Garden n Zoo

Tuesday, January 20, 2009

Kegembiraan anak2

Anak2ku nampak sungguh gembira. Ini kerana:


1) Awal pagi ini, kami menerima parcel dr keluarga di kampung. Kebanyakkan brg2 yg dikirim adalah utk anak2 iaitu bermcm2 jenis biskut. Bolehlah utk dibawa bekal ke sekolah minggu depan. Untuk mama dan papa pula, bihun, keropok, belacan, bilis, ikan kering dll. Terima kasih ayah Din, mak, tok wan serta semua di kampung!


2) Setelah lebih kurang 2 minggu anak2 tidak ke mana2 dan hanya terperap di rumah, aku dan hubby plan nak membawa mereka keluar. Pada sebelah petang, kami sekeluarga telah pergi ke Kershaw Garden yg terletak lbh kurang 5 minit dr rumah. Taman ini yg dijaga rapi serta dipenuhi dgn pokok2 nampak sungguh nyaman dan tenang. Ia amat sesuai sebagai tempat riadah bersama anak2. Mereka dibiarkan bermain serta berlari sesuka hati. Keceriaan yg terpancar di wajah menggambarkan yg mereka sungguh gembira!

Sunday, January 18, 2009

Hari2 di sini..

Petang semalam aku mendapat call dr seseorang yg tak dikenali. Setelah diperkenalkan diri, rupa2nya dia adalah rakyat Malaysia yg telah lama menetap di sini, lebih kurang 15 tahun. Dia adalah seorang melayu yg berasal dr Kelantan. Fuhhh...lega...Sekurang2nya ada orang yg boleh bercakap Melayu di sini w/pun bercampur2. Dia bekerja di sebuah international co di sini sebagai Muslim slaughter (lembu) utk dieksport. Alhamdulillah...mudah sedikit utk mendapat bekalan daging halal. Dan, dia berjanji utk membawa kami ke pasar (Sunday market) pada esok pagi.

Pagi ini, aku dan hubby dibawa ke pasar spt dijanjikan. Kebanyakan tempat di sini akan ditutup pada hari Ahad termasuk p/raya besar. Tetapi, beberapa kedai berhampiran pasar ini dibuka sehingga t/hari. Rupa2nya suasana di pasar ini berbeza spt apa yg dibayangkan. Kalau di Terengganu, pasar spt ini akan menjual semua benda termasuk brg basah. Tetapi, di sini hanya terdpt buah2an, sayur, pokok bunga, cenderahati serta pakaian dan agak menarik. Harganya amat berbeza dgn pasaraya yg jauh lebih mahal.

Di sebelah petang pula aku mendapat kereta spt dijanjikan. Rupa2nya owner kereta tersebut berasal dr Seremban tetapi berbangsa Cina. Esok aku akan menyelesaikan semua urusan yg berkaitan termasuk mendaftar persekolahan anak2.

Di sebelah malam, memandangkan sudah lama tidak dpt mkn roti, maka aku cuba membuatnya sendiri. Hasilnya...lihatlah di bawah. Aromanya sungguh menyelerakan dan akan menjadi juadah esok hari...



Suasana di Sunday market Apa yg dibeli...




Rockhampton home made bread

Saturday, January 17, 2009

HARI2 DI PERANTAUAN...

Hidup di perantauan amat berbeza dengan tempat sendiri dari semua segi, makanan, orang sekelilingnya, kawasannya dan mcm2 lagi. Bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Di sini, kebanyakan orangnya agak gemuk. Mungkin di sebabkan oleh kawasan ini yang disebut "Beef Capital of Australia". Susu lembu mudah dibeli. Kalau di pasaraya, memang tidak dinafikan, setiap orang akan membeli sekurang2nya sebotol susu. Dan lebih terkejut lagi, sehinggakan ada yang membeli sampai berbelas2 botol. Ini adalah kenyataan yang berlaku di depan mata sendiri.... Kawasan sekitar juga adalah bersih. Jauh sekali jika dibandingkan dengan Malaysia. Rumah2 juga agak tersusun, bersih serta kemas halamannya.

Dan satu lagi, sistem perbankan di sini agak cekap. Bayangkan, apabila hendak membuat sebarang urusan di bank, kita hanya perlu beratur tanpa mengisi sebarang borang. Kita hanya perlu menunjukkan kad ATM sekiranya ingin mengeluarkan wang. Memang cepat dan mudah...tak sampai 5 minit, urusan dah selesai...

Berikut adalah gambar2 untuk tatapan semua, terutamanya keluarga tersayang serta sahabat2 baikku...

kediaman kami sekeluarga

ruang favouriteku...







si kecilku yang bulat...

si anak dara

Hari pertama dpt menjamah ayam...............









emmm...menyelerakan

karenah anak2 yg tak sabar
gulai kuning ikan mackerel (tenggiri)
sira labu


set lengkap hidangan t/hari



MENU SARAPAN PAGI......



Sate daging goreng

set lengkap sarapan pagi