Tuesday, October 20, 2009

Halal ke Haram??

Entri ni utk dikongsi bersama serba sedikit pasal makanan yg kadang2 diragui halal haramnya. Kalau kat Msia, bab halal haram ni memang "hot" sbb menyentuh sensitiviti kita sebagai orang Islam. Lagi2 apabila makanan tulah yg akan menjadi darah daging kita. Apatah lagi kalau negara yg dikuasai oleh bukan Islam, majoritinya. Maka, dalam memilih makanan tu memang sangat dititikberatkan. Kadang2 kita tidak sedar yang makanan yg kita ambil tu meragukan. Jadi, di sini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman yang saya lalui.

1) Vanilla Essence - kalau nak membeli essense vanilla tu hati2 sikit, sbb kadang2 ada mengandungi alcohol. walaupun kadang2 kita tak terfikir pun. Sebelum ni, saya ada terbeli brand "Queen" yg glamor kat OZ ni. Selepas guna sekali, baru lah terperasan yg ia ada alkohol. Jadi, tong sampahlah jawabnya. Balik Msia ari tu, beli Star Brand yg ada halal berbotol2. Nanti kalau habis stok, kena mintak poslah plak jawabnya...

2) Hiasan kek - semasa nak beli hiasan utk kek/donut/biskut raya yg colourful tu (sprinkles), saya bacalah isi kandungannya. Kalau yg bentuk panjang2 ala2 coklat rice tp colour2 tu (dia panggil sugar strand), dia ada gelatin. So, kalau ada gelatin, of course haramlah unless kalau dia guna halal gelatin. Tapi, kat negara omputih ni, susah ckitlah nak guna halal gelatin. tapi yg surprisenya, hari tu masa balik kat Msia, the same brand ada dijual kat Tesco. jadi, tak mustahillah donut2 @ kek yg kat kedai guna jenama tu. Jadi, nak selamat tak payahlah makan/beli klu yg ada sprinkle tu. Tapi kalau yg colourful bulat2 tu (100s & 1000s), tak ada gelatin. insyaAllah halal.

3) Jenama Nur - dengar nama macam syarikat Muslim, tapi x tau lah sape pemilik syarikat. Nama syarikat yang tertera adalah Plusmore kat Taman Bukit Indah, KL. Tapi, banyak barangan makanan yg menggunakan jenama ni seperti ovalette, yis yg lain2 x pasti. Sebabnya saya pun beli ovalette nak buat kek yang gebu. Tapi, apabila disemak di website JAKIM, memang tidak ada pengesahan halal daripada JAKIM tapi di setiap label tertera tanda halal JAKIM. Wallahua'lam.

4) Kopi - kalau lalu kat food court Uni atau kat shopping complex, aroma kopi memang sangat mengancam. Tapi, sampai sekarang saya tak pernah merasa kopi yg dijual sama ada Latte, Cappucino, Mocha ke sbbnya was2. Bukannya apa, masa mencari2 kopi segera yg berperisa demikian, memang semuanya menggunakan emulsifier yg krg jelas halal haramnya. Sebab tulah rasanya sedap dan berlemak kot! Dan, sebab tulah kot, Starbuck pun tak boleh minum (tak taulah sekarang ni). Jadi, terpaksalah telan air liur setiap kali tercium aroma kopi yg menggugat hati. Hehehehe...

No comments: