Saturday, October 24, 2009

The Capricorn Coast- Causeway Lake





Jalan2 ke Capricorn Coast, lps tu singgah kat Causeway Lake. Tempat ni best utk picnic, tenang, dan boleh tengok seagull & org fishing. On de way back, singgah kat Fisherman Market, nak beli snapper wing yg fresh. Memang sedap sgt wing ni, sbb isi dia lembut, sedap utk dibuat sup @ singgang. Unfortunately, takde yg fresh, sbb before that market ni tutup selama 10 hari sbb windy & cyclone. So, beli jerlah yg frozen. Before balik tu, tgk kat belakang market tu nmpklah pokok pisang. Sebab dah lama nk mkn lepat pisang, dengan muka tebal, mama pun masuk semula dlm market mintak dgn cashier. Hasilnya, dapatlah dapatlah dua pelepah pisang! Alhamdulillah, dpt ler buat lepat (: .

The Kangaroo Clan


Pemandangan waktu petang di Uni mama, penuh dengan kangaroo. Suka sangatlah kakak, Aliya & Aqilah dapat kejar kangaroo.

Tuesday, October 20, 2009

Halal ke Haram??

Entri ni utk dikongsi bersama serba sedikit pasal makanan yg kadang2 diragui halal haramnya. Kalau kat Msia, bab halal haram ni memang "hot" sbb menyentuh sensitiviti kita sebagai orang Islam. Lagi2 apabila makanan tulah yg akan menjadi darah daging kita. Apatah lagi kalau negara yg dikuasai oleh bukan Islam, majoritinya. Maka, dalam memilih makanan tu memang sangat dititikberatkan. Kadang2 kita tidak sedar yang makanan yg kita ambil tu meragukan. Jadi, di sini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman yang saya lalui.

1) Vanilla Essence - kalau nak membeli essense vanilla tu hati2 sikit, sbb kadang2 ada mengandungi alcohol. walaupun kadang2 kita tak terfikir pun. Sebelum ni, saya ada terbeli brand "Queen" yg glamor kat OZ ni. Selepas guna sekali, baru lah terperasan yg ia ada alkohol. Jadi, tong sampahlah jawabnya. Balik Msia ari tu, beli Star Brand yg ada halal berbotol2. Nanti kalau habis stok, kena mintak poslah plak jawabnya...

2) Hiasan kek - semasa nak beli hiasan utk kek/donut/biskut raya yg colourful tu (sprinkles), saya bacalah isi kandungannya. Kalau yg bentuk panjang2 ala2 coklat rice tp colour2 tu (dia panggil sugar strand), dia ada gelatin. So, kalau ada gelatin, of course haramlah unless kalau dia guna halal gelatin. Tapi, kat negara omputih ni, susah ckitlah nak guna halal gelatin. tapi yg surprisenya, hari tu masa balik kat Msia, the same brand ada dijual kat Tesco. jadi, tak mustahillah donut2 @ kek yg kat kedai guna jenama tu. Jadi, nak selamat tak payahlah makan/beli klu yg ada sprinkle tu. Tapi kalau yg colourful bulat2 tu (100s & 1000s), tak ada gelatin. insyaAllah halal.

3) Jenama Nur - dengar nama macam syarikat Muslim, tapi x tau lah sape pemilik syarikat. Nama syarikat yang tertera adalah Plusmore kat Taman Bukit Indah, KL. Tapi, banyak barangan makanan yg menggunakan jenama ni seperti ovalette, yis yg lain2 x pasti. Sebabnya saya pun beli ovalette nak buat kek yang gebu. Tapi, apabila disemak di website JAKIM, memang tidak ada pengesahan halal daripada JAKIM tapi di setiap label tertera tanda halal JAKIM. Wallahua'lam.

4) Kopi - kalau lalu kat food court Uni atau kat shopping complex, aroma kopi memang sangat mengancam. Tapi, sampai sekarang saya tak pernah merasa kopi yg dijual sama ada Latte, Cappucino, Mocha ke sbbnya was2. Bukannya apa, masa mencari2 kopi segera yg berperisa demikian, memang semuanya menggunakan emulsifier yg krg jelas halal haramnya. Sebab tulah rasanya sedap dan berlemak kot! Dan, sebab tulah kot, Starbuck pun tak boleh minum (tak taulah sekarang ni). Jadi, terpaksalah telan air liur setiap kali tercium aroma kopi yg menggugat hati. Hehehehe...

Sunday, October 18, 2009

Indoor Entertainment- Crazy Joker





ADMISSION FEE 1-3 YRS = $7 & ABOVE 4 YRS = $9, tapi boleh main unlimited time, kira orait lah. Air-cond lagi. Budak2 ni main dr kul 12 sampai leh kul 430 pm, non-stop, tupun x nak balik lagi.

Beriyani Pakisia

First time try masak beriyani ni. Pasal apa letak nama Pakisia? Pakistan ala2 Malaysia gitu. Apapun2 janji sedap!

Friday, October 9, 2009

Mcm2 Aksi


si kenit yg seksi

siapakah juara? Aqilah, Raziq @ Rafiq?

Aikk? Nilah bakal yg mendapat tempat terakhir!

Sayalah juara! Lalalala.....

Sape mulut n hidung paling besar?


Muka ceria kakak!

Xtvt Santai

Ayah Mi mmg sejak dr dulu lg suka bwk anak2 buah dia ke pantai pada waktu petang. Budak2 ni apa lagi, memang suka sgt2 ah. Tengoklah aksi2 mereka yg ceria!








Balik Kampung...

Masa nak balik raya ari tu, memang penat sgt2. Be4 that, mama kena siapkan byk kerja sebelum balik bercuti lbh kurang 19 hari (x sampai 3 mggu pun). Tupun kakak n Aliya kena ponteng sekolah semggu. Hehehe...janji dpt balik. Tupun sib baik ada ticket air asia yg murah. Tp, kena naik kat Gold Coast. kalau MAS, x merasalah kot, sbb mahal sgt2 kalau dr Brisbane ke KL. Alhamdulillah, hari2 yg ditunggu akhirnya tiba gak w/pun bimbang gak kot2 last2 minute ada travel restriction sbb wabak H1N1. Flight dr Gold Coast kul 9 pm tiba kat LCCT kul 4 am. Dr LCCT ke KB lak kul 730am. Sempatlah lepaskan kempunan dgn sahur kat McD. Dlm kepala dah ada mcm2 benda nak buat utk 3 weeks tu!
P/s: Entri ter"miss" flight

Muka ceria nak balik kampung

Thursday, October 8, 2009

Bestnye Rayer!

Alhamdulillah, dapat jugak balik beraya kat M'sia walaupun tak sampai sethn kat bumi Aussie ni. Memang best sgt2. Almaklumlah, famili besar, bila kumpul ramai2, mcm2 karenah yg ada. Tambah2 lagi, ramai sikecik yg tengah duk "membuas". Termasuklah si Aqilah yg bulat tu! Kalau dihitung2, semuanya cucu cik n wan = 31 org. Bab makan2 ni, usah ceritalah. Sejak hari pertama balik sampailah last day, hari2 mkn special. Tupun x habis lagi menu. Seminggu balik jer, mama dah naik 4 kg. Lepas raya, takut nak timbang dah.


Kak Ni (sulung) & anak2
Abg Zul (n0.3), Kak Yah & anak2
Kak Dah (no.5), Abe Li & anak2
Ha (no.8), Yie & anak2
Me (no.7) & famili

Din (no.9), Mie (no.10) & Abe NgahTeruna & Dara (Nor-no.11 & Silah- no.12) Dik Mat (no.13)-missing in action
Gaya pembakar sate veteren (ayahanda tercinta)
Menu pagi raya pertama
kuih2 raya